Friday, May 6, 2011

Terima tawaran ke Matrikulasi atau Upsi ?

Assalamualaikum,

Bismillaahirrohmaanirrohiim
Alhamdulillaahirobbil ‘aalamiin 3x

Hamdan Yuuwaafii ni’amahu wayukaafii maziidah. Yaa robbana lakal hamdu kamaa yambaghii lijalaali wajhika wa’adhiimi sulthoonik. Wa shollal loohu ‘alaa sayyidina muhammaddin wa’alaa aalihii wa shohbihii ajma’iin.
(Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam. Pujian yang memadai nikmat-Nya yang selaras dengan kebaikan-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji yang layak bagi keagungan dan kebesaran kekuasaan-Mu. Sholawat serta salam semoga tetap dilimpahkan kepada junjungan nabi besar Muhammad Saw, keluarga dan sahabat-sahabat semuanya.)
saya bersyukur sangat2 kerana menerima tawaran ke matrikulasi & ke Upsi. Akan tetapi saya masih tidak tahu tawaran yg mana satu akan saya terima. Perkara ni bukan senang nak buat keputusan kerana ia melibatkan masa depan saya sendiri. Takut sangat2 silap langkah. eee palis2.. hehe..Saya sudah pun berbincang dengan family saya & kedua orang tua saya mengatakan ia terpulang dari diri saya sendiri. fikir sedalam2 mana yang terbaik untuk diri saya, fuhh! susah juga ek nak buat pilihan. Tetapi mak & ayah saya nak sangat saya melanjutkan pelajaran ke Maktab. insyaAllah, ada rezeki dapatlah tawaran ke maktab.
Cerita tentang Matrikulasi. Tempat yang saya ditawarkan adalah di sekitar Sabah juga iaitu Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Jurusan yang saya akan belajar adalah Perakaunan. 23hb Mei 2011 adalah pendaftarannya. Bayaran yuran yang dikenakan ialah Rm375 sahaja. Program yang di tawarkan kepada saya hanya setahun iaitu 2 semester sahaja. Singkatan diploma kalau tidak silap saya. Saya memang nak sangat sambung belajar ke kolej ini walaupun gred prinsip perakaunan saya tidaklah sebaik mana, hanya dapat gred C+ dalam SPM 2010. Tetapi alhamdulillah, dapat juga saya tawaran masuk ke matrikulasi ni.
Cerita tentang Upsi pula. Upsi terletak kat Perak. korang tentu tahu kan?. Jurusan yang akan saya belajar ialah Diploma Muzik. 3 tahun beb,waduh2.. belum campur Degree lg tapi ia bukan isu utama bagi saya. Hari tu saya g temuduga Upsi di Ums. wah,peserta eh pelajar. eh,apa2 je la..orang pertama kena interview. bukan main lagi, asyik tersenyum je kat penemuduga tu. kompom xdapat ni dalam hati konon sebab jawab pun macam main2, Baru tadi saya check result kemasukan UPU, Ya Allah! alhamdulillah,syukur sangat2 kerana dapat juga tawaran masuk ke Upsi. fuhh! Muzik memang saya minat sangat. Bukan sekadar untuk hiburan sahaja malah saya nak sangat mempelajari muzik terutama piano & guitar. saya sudah mempunyai asas muzik dari form 1 hingga la ke form3, lepas tu saya di tawarkan ke aliran sains tulen tetapi saya xpilih aliran tu, saya pilih aliran perakaunan. masa saya form4, saya nak tambah subjek iatu muzik tetapi disebabkan saya ni ada masalah sikit dengan masa. saya terpaksa mengambil keputusan untuk tidak menambah subjek saya.
Kini, saya berjaya mendapat tawaran dari dua matapelajaran yang saya minati. Saya tidak tahu nak terima tawaran mana satu. erm, kepada readers yang membaca post ni, saya alukan sangat2 kepada anda untuk memberi pendapat tentang ni.
terima kasih. ^_~